PENGENALAN
PENDIDIKAN JASMANI
SITI HAJAR
BT MD YUSOF
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
1.0 Pengenalan
Kurikulum
Pendidikan Jasmani dihasilkan untuk memenuhi keperluan murid mengikut
peringakat umur.Pendidikan Jasmani juga merupakan mata pelajaran yang memeberi
ruang dan persekitaran kepada murid untuk bergiat dalam aktiviti kecergasan
fizikal dan pelbagai kemahiran sukan. Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan
keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman pergerakan. Pendidikan Jasmani
merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan.
Pendidikan
Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada
peningkatan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian
kepada kualiti fizikal, mental, dan emosi. Ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERI dalam meningkatkan potensi
individu.
1.1.1 Objektif Pendidikan Jasmani.
1. Memahami
dan menghuraikan konsep Pendidikan Jasmani
2. Menyatakan
dan menerangkan definisi Pendidikan Jasmani
Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan.
1.1.2 Defenisi Pendidikan Jasmani
Pendidikan
Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan
menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan.
Pettifor (1999)
Pendidikan
Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh yang
memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan kanak-kanak
melalui pengalaman pergerakan
Dauer (1995)
2.0 Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua ( KSSR )
Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani digubal berasaskan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai.Standard kandungan ialah pernyataan
spersefik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam
suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran , pengetahuan dan
nilai.Standard pembelajaran merupakan penetapanj kriteria atau indikatort
pencapaian setiap standar kandungan.
Kurikulum
Standard Pendidikan JasmaniI Sekolah Rendah juga digubal dengan mengekalkan
prinsip-prinsip Kurukulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) Pendidikan Jasmani dan
menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Murid
Sekolah oleh International Council for Health ,Physical Education ,
Recreational-Sports And Dance ( ICHPERR-SD ) sebagai panduan .Kandungan kurikulum
ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan , iaitu psikomotor , kognitif
dan efektif.
Pengubalan
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adlah bertujuan memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek , emosi , rohani dan jasmani .Kurikulum ini
menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.
Guru
yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecegasan berdasarkan
displin ilmu Pendidikan Jasmani .Antaranya melibatkan displin pembelajaran
motor , perkembangan motort , biomekanik , suaian fizikal , fisologi senam ,
spikologi sukan , sosiologi sukan , estetika dan nilai.Pengajaran dan
pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani seharusnyan dilaksanakan
dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.
2.2.1 Matlamat Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua
Matlamat
dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani KSSR Tahun dua ialah bertujuan
membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran,
berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke
arah mencapai kesejahteraan hidup.
2.2.2 Objektif Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua
Kurikulum
Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut :
a)
Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep
pergerakan
b)
Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.
c)
Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan
pergerakan .
d)
Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan.
e)
Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala .
f)
Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
g)
Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan
persekitaran yang sama.
h)
Mematuhi peraturan dan mengamalkan lungkah keselamatan semasa melakukan
aktiviti fizikal.
i)
Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
3.0 Modul KSSR Tahun Dua
Di dalam KSSR tahun dua terdapat dua modul yang merangkumi kandungan
pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap ( self-contained ) yang terdiri
daripada pengetahuan , kemahiran dan nilai yang telah di kenal pasti untuk
dikuasai dan dicapai oleh setiap orang murid di sekolah rendah bagi tahun
semasa.
Terdapat dua modul pembelajaran yang terkandung dalam Dokumen Standard
Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun Dua yang perlu dikuasai oleh setiap orang
murid.Berikut adalah modul pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran iaitu:
Modul 1 :
Kemahiran
|
Aspek 1
|
Kemahiran pergerakan
|
|
Aspek 2
|
kemahiran pengetahuan dalam pergerakan
|
||
Aspek 5
|
Kesukanan
|
||
Modul 2 : Kecergasan
|
Aspek 3
|
Kecergasan Meningkatkan Kesiahatan
|
|
Aspek 4
|
Aplikasi Pengetahuan dalam meningkatkan
Kecergasan
|
||
Aspek 5
|
Kesukanan
|
4.0 Aspek Pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua (KSSR)
Terdapat
lima aspek pembelajaran yang terkandung dalam Dokumen Standard Pendidikan
Jasmani Tahun Dua iaitu:
a)
Aspek
1 – Kemahiran Pergerakan
i-
Konsep
pergerakan
ii-
Pergerakan
asas yang melibatkan pergerakan lokomotor , bukan lokomotor , manipulasi
alatan dan pergerakan berirama.
alatan dan pergerakan berirama.
iii-
Gimnastik
asas
iv-
Akuatik
asas
v-
Rekreasi
dan kesenggangan
b)
Aspek
2 – Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
i-
Konsep
pergerakan
ii-
Pergerakan
asas yang melibatkan pergerakan lokomotor ,
bukan lokomotor , manipulasi
alatran dan pergerakan berirama.
alatran dan pergerakan berirama.
iii-
Gimnastik
asas
iv-
Akuatik
asas
v-
Rekreasi
dan kesenggangan
c)
Aspek
3 – Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
i-
Konsep
kecergasan
ii-
Komponen
kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik , kelenturan, kekuatan
dan daya tahan otot dan koposisi badan.
dan daya tahan otot dan koposisi badan.
d)
Aspek
4 – Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan
i-
Konsep
kecergasan
ii-
Komponen
kecergasan berasaskan kesihatan iaitu aerobik , kelenturan , kekuatan dan
daya tahan otot dan komposisi badan.
daya tahan otot dan komposisi badan.
e)
Aspek
5 – Kesukanan
i-
Keselamatan
dan pengurusan
ii-
Tanggungjawab
kendiri
iii-
Interaksi
sosial
iv-
Dinamika
kumpulan
4.1 Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Dalam
aspek 1 , setiap murid haruslah
menguasai semua pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan
pelbagai aktiviti fizikal dalam pedidikan jasmani melalui kemahiran-kemahiran
yang terkandung dalam standard kandungan yang ditetapakan oleh Kementerian
Pelajaran yang telah dilaksanakan di sekolah pada tahun 2012.
4.1.1 Konsep Pergerakan
Terdapat
empat konsep pergerakan dalam kemahiran pergerakan yang memain peranan penting
dalam pergerakan iaitu :
a)
Kesedaran Tubuh Badan
- Keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai
- Memberi tumpuan gerakan kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.
- Pindahan berat antara anggota badan
- Pelbagai bentuk yang boleh dilakukan oleh badan.
b)
Kesedaran Ruang
- Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
- Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am.
- Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.
- Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.
-
Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian seperti berikut :
i-
Aras – tinggi, sederhana,
rendah
ii-
Arah – hadapan, belakang,
sisi atas dan sisi bawah.
iii-
Ekstensi – mengecil,
membesar, jauh dan dekat.
iv-
Aliran – awangan, lantai,
lurus, berliku-liku, zig zag.
c)
Kesedaran Beban
- Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan .
- Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.
- Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut,
ringan dan tenang contohnya:-
i - Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot
yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
i - Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot
yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
ii - Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan
pantas.
d)
Kesedaran Masa
- Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
- Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta seperti berikut :-
i - Kawal-lambat
Pergerakan yang
perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh
dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.
ii- Serta-merta
Pergerakan
dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.
4.1.2 Pergerakan Asas
Terdapat dua jenis pergerakan asas dalam pendidikan jasmani iaitu :
a)
Pergerakan
Lokomotor
- Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan
- Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.Bagi lokomotor beritma sekata ialah :
i- Berjalan
ii- Berlar
iii- Melompat
( mendarat dengan dua kaki )
iv- Hop
( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )
v- Leap
( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang
seli
seli
- Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :
i Skip
ii Galop
iii Melongsor
b)
Pergerakan
Bukan Lokomotor
- Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar.
- Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah meregang , memusing , membongkok , menghayun , menolak , menarik , mengilas , bangkit , merebah dan berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya
- Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakanmerupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas.
Contohnya, pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi
pergerakan-pergerakan di
atas :-
atas :-
i. Merangkak
= membongkok + berjalan
ii. Membaling
= hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih langkah
berjalan atau berlari
iii. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
iv. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan
c)
Kemahiran
Manipulatif
- Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
- Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :
i- Memberi
tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul, mengumpan dan
merejam
ii- Menguasai
objek termasuk menangkap dan menyambut
iii- Mengawal
objek seperti menggelecek dan memantul
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada
murid-murid sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak
akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti
kemahiran-kemahiran asas sukan.
4.1.3 Rekreasi dan Kesenggangan
Aktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. Di dalam aktyiviti rekreasi dan
kesenggangan tiada unsur pertandingan tetapi bertujuan untuk memperoleh
keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti
rekreasi murid akan menggunakan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor seperti memukul , mengelak ,
melambung, berlari dan menyambut semasa
melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan pula melibatkan permaian
seperti Datuk Harimau, Galah Panjang, Batu Seremban, Rondas dan sebagainya.
Dalam aktiviti ini juga , murid menggunakan kemahiran motor halus
dalam permaianan rekreasi yang melibatkan aktiviti seperti membina istana pasir, dan mereka cipta objek
menggunakan plastian atau blok mainan seperti lego.
4.2 Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
4.2.1 Pergerakan Berirama
Mengaplikasikan
konsep pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak. Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah
lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali,gelang, bola, belantan dan reben. Gimnastik
berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan
manipulasi aparatus. Pemenang adalah peserta yang memperoleh mata terbanyak,
sebagai dianugerahi oleh panel hakim, untuk lompatan, kestabilan, putaran,
kebolehlenturan, pengendalian aparatus, dan kesan seni.
4.2.2 Gimnastik Asas
i) Hambur dan Pendaratan – memahami konsep hambur dan pendaratan untuk mengenal pasti
postur badan yang betul semasa hambur dan mendarat.
ii) Aktiviti hambur badan ke atas bangku dan
mendarat :
a) Dalam aksi dekam bawa kaki di antara kedua-dua
belah tangan ke kedudukan mencangkung,tangan lurus dan mata memandang ke hadapan.
b) Ulangan aksi yang sama beberapa kali.
c) Semasa melakukan aksi dekam di atas bangku.
d) Dari posisi dekam di atas bangkul, melonjak ke atas dan mendarat.
e) Dari posisi mencangkung lonjak ke atas dan mendarat.
4.3 Aspek 5 : Kesukanan
4.3.1 Keselamatan dan Pengurusan
Pengajaran
pendidikan jasmani melibatkan kanak-kanak sekolah dan dengan itu keselamatan
perlu diberi perhatian.Guru pendidikan jasmani perlu mengetahui faktor-faktor
yang menyebabkan kemalangan dan seterusnya mengambil langkah pencegahan supaya
pekara yang tidak diigini tidak berlaku.Di dalam KurikulumStandard Pendidikan
Jasmani Tahun Dua ( KSSR ) ia lebih menekankan kepada mematuhi dan mengamalkan
elemen pengurusan dan keselamatan ketika
aktiviti pendidikan jasmani dilalaksanakan.
Sebagai
seorang guru juga haruslah menitik beratkan tentang soal keselamatan pelajar
semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.Murid juga haruslah sentiasa
mendengar dan mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti supaya tidak
berlaku sebarang kecederaan.
Guru Pendidikan Jasmani yang bertanggungjawab perlu merancang pelajaran dengan baik , mengawasi padang atau tempat aktiviti Pendidikan Jasmani , memeriksa peralatan dan kemudahan yang akan digunakan supaya kemalangan tidak berlaku.Kemalangan sering berlaku bila guru gagal mengambil langkah yang munasabah sebelum dan semasa mengendalikan aktiviti atau kelas
Pendidikan Jasmani.
Berikut adalah tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan ialah:
melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum
melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti gerak kendur iaitu menyejukkan badan
selepas menjalani latihan.
b) Latihan bersistematik.
latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. Usah sesekali
melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.
c) Kenal pasti kecergasan diri.
setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapkan
objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing terlebih dahulu.
d) Kenal pasti kemampuan diri.
lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. Jangan sesekali memaksa diri
melakukan aktiviti yang melebihi had keupayaan masing-masing.
e) Persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai.
pastikan persekitaran dan tempat yang selamat untuk diri sendiri dan orang lain terlebih dahulu.
f) Kemudahan peralatan.
pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti. Alatan
termasuklah juga pakaian perlu sesuai udengan aktiviti yang akan dijalankan.
g) Perlakuan yang betul.
jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. Ini boleh membahayakan diri anda.
5.0 Kesimpulan
Di dalam Pendidikan
Jasmani KSSR tahun ini murid akan diajar setiap pelajar akan diajar untuk
membina kemahiran pergerakan asas dan kemahiran motor.Ia juga turut
memperkenalkan konsep kecergasan
berdasarkan kesihatan contohnya melalui pergerakan aerobik selain itu ia
juga dapat memupuk elemen keselamatan ketika
melakukan aktiviti pendidikan jasmani.Dalam pendidikan jasmani juga ia dapat
membentuk tanggungjawab kendiri seperti tanggung jawab dalam
kumpulan.Pendidikan Jasmani juga dapat melatih pelajar dalam bentuk interaksi
sosial semasaa melakukan aktiviti fizikal. Pelajar juga akan di nilai sepanjang
masa dan berterusan untuk mencapai tahap band yang ditetapkan oleh standard
prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani
Mata
Pelajaran :
Pendidikan Jasmani
Kelas
: 2
Kreatif
Masa
:
9.00 – 9.30 pagi
Tajuk
: Galah
Panjang
Standard
Kandungan : 2.10 Rekreasi dan
Kesenggangan
Standard
Pembelajaran : 2.10.3
Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan
tradisional
5.2.3
Menghargai kemenangan dan kekalahan dalam permainan
5.4.3
Bekerjasama dalam kumpulan
EMK : Kreatif
dan inovatif
Nilai
:
Kerjasama
BBM : Wisel ,
skitel
Fasa
|
Aktiviti
|
Butiran
Mengajar
|
Organisasi
|
Alatan
/ catatan
|
||||||
Langkah 1
5 minit
|
1.
Pemanasan
badan
-
Rengangan
dari kepala hingga kaki di iringi muzik yang sesuai./
|
-
Murid
mengambil ruang selesa untuk melakukan aktiviti pemanasan badan.
-
Murid
melakukan aktiviti pemanasan dengan diketua oleh ketua murid dan dibimbing
oleh guru.
-
Murid
melakukan aktiviti regangan dari kepala hingga ke kaki .
|
X
![]() ![]()
X X X
X X X
X X X
|
|||||||
Perkembangan
|
1.
Permainan
kecil
- Cuit
lutut
(berpasangan) |
-
Guru
tunjuk cara permaianan.
-
Murid
mencari pasangan masing-masing.
-
Murid
dikehendaki mencuit lutut pasangan masing-masing sehingga kena.
-
Murid
akan mengelak apabila pasangan mereka ingin mencuit lutut.
-
Sekiranya
lutut pasangan dicuit maka mereka akanbertukar posisi.
|
X
X
X X
X X
X X
|
-
Wisel
-
skitel
|
||||||
Kemuncak
|
1.
Permaianan
Tradisional
-
Galah
panjang
-
Peraturan
permaian
-
Cara
permaianan
|
1.
Murid
dibahagikan kepada dua kumpulan kecil.
2.
Guru
menerangakan peraturan permaianan.
3.
Guru
melukis garisan untuk permaian galah panjang.
4.
Guru
terang cara permaianan
5.
Setiap ahli kumpulan hendaklah maenjaga
keselamatan diri masing-masing supaya tidak dicuit oleh pasukan lawan.
6.
Sekiranya
salah seorang seorang terkena cuit maka satu pasukan dikira mati dan pasukan
akan bertukar posisi .
|
![]() |
-
Skitel
-
wisel
|
||||||
Penutup
|
1.Sejukan badan
( warming down )
-
rengangan
dari kaki ke kepala dengan iringi muzik.
-
PBS
|
1.
Murid
melakukan aktiviti rengangan dari kaki hingga ke kepala dengan di ketuai oleh
guru.
2.
Murid
akan melaksanakan PBS berkatan dengan pergerakan lokomoto dan pergerakan
bukan lokomotor dalam permainan galah panjang.
|
-
|
7.0 Sumber Rujukan
1.
Dokumen
Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )Modul Teras Asas Pendidikan
Jasmani Tahun Dua , Bahagian Pembangunan Kurikulum
2.
Dr.Wee Eng Hoe , Pendidikasn Jasmani & Kesihatan
, Universiti Terknologi Mara ,Falkulti Sains Sukan dan Rekreasi , Shah Alam ,
Selangor , Oktober 2001
3.
http:
//ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik berirama
6.
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 2 Sekolah
Kebangsaan , Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2011
7.
Open
University Malaysia ( OUM ) , November 2011, HBPE 1103
No comments:
Post a Comment